Bismillahirrahmaanirrahim

Tuesday, February 23, 2010

Selawat Al-Fatih

Ada sesetengah riwayat yg mengatakan selawat ini merupakan amalan Tuan Guru Syeikh abdul Qadir Jailani yg mana barangsiapa yg mengamalkan nya sebanyak 100 kali setiap hari ,insy allah katanya akan terbuka rahsia keajaiban dan juga akan menghilangkan segala dukacita ,menolak segala bencana dan tercapai segala hajat dan maksud.

Seorang Ustaz di Melaka yang saya dapat dari sumber2 internet, dia telah beramal dgn selawat ini hampir 30 tahun...katanya dlm pengalaman nya beramal selawat ini ,rezeki nya tidak putusx2 d kurniakan allah dan byk perkara yg d uruskan nya capai matlamat ...pernah juga seorg imam masjid al azim memberitahu pd sy ,selawat ini mmg terkenal d kawasan arab ,magribi , syria dan mesir dan katanya selawat ini pernah d amalkan oleh seseorg hampir 50 tahun dan ada fadilatnya...


Walaubagaimanapun, kelebihan selawat ini terbahagi kepada dua (2) :

a) Keutamaan yang dirahsiakan.

Rahsia kelebihannya tersimpan di dalam perbendaharaan pengetahuan Allah.

b) Keutamaan yang dibukakan.

i. Membaca 1 kali dalam sehari dijamin kebahagiaan dunia dan akhirat.

ii. Membaca 1 kali dapat menghapuskan semua dosa serta dikurniakan pahala semua tasbih, zikir dan doanya orang-orang tua dan muda yang terjadi pada waktu dibaca Al Fatih sebanyak 600,000 kali.

iii. 10 kali Selawat al-Fatih menyamai pahala ibadahnya wali “Ash sejuta tahun.

iv. 1 kali Selawat al-Fatih lebih utama daripada 600,000 selawat semua para malaikat, manusia dan jin pertama kali ia diciptakan sehingga sampai waktu dibacanya selawat al-Fatih.

v. Pembacaan ke 2 ke 3 dan seterusnya mendapatkan kembali pahala yang pertama dan seterusnya mendapatkan kembali pahala yang pertama dan seterusnya. Jelasnya bacaan ke 2 mendapat tambahan pahala bacaan pertama, bacaan ke 3 mendapat tambahan pahala bacaan pertama dan ke 2 dan seterusnya.

vi. Jika ingin bermimpi bertemu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, baca Selawat Al-Fatih sebanyak 1,000 kali selama tiga (3) malam berturut-turut (malam Rabu, Khamis dan Jumaat) dengan badan, pakaian serta tempat tidur yang suci.

vii. Dan banyak lagi yang tidak mampu dijelaskan di sini keutamaannya yang mana fadhilatnya hanya dapat dirasakan oleh para pengamalnya yang istiqamah.


Sila dengar bacaan selawat Al-fatih

Saturday, February 20, 2010

Petua Mendidik Anak..... Amalkan...

1. Waktu anak sebelum tidur (lebih kurang 10 minit sbl tidur)

a) Baca Al-Fatihah 1 x
b) Baca Ayat Kursi 1 x
c) Baca Surah al-Insyirah 1x













d) Baca Surah Toha ayat 1-5 1x








Kemudian, hembuskan d ubun-ubun anak dan niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar, rajin solat dan lain-lain


Selain itu, kita juga boleh baca kombinasi ayat-ayat di atas ketika anak sedang tidur, bangun tidur, selepas anak mandi, selepas anak solat, selepas anak selesai baca al-quran dan selepas riyadah.

Kombinasi ayat ini juga berguna untuk anak-anak yang berjauhan seperti tinggal di asrama dimana kaedahnya seperti berikut:
a) Baca kombinasi ayat-ayat di atas dan bayangkan wajah anak, sebaik-baiknya di waktu anak sedang tidur.
b) Bacalah doa untuk anak dan berilah nasihat dari jauh, insyaAllah sampai.
c) Sebaik-baiknya selepas solat tahajud, hajat dan taubat.

Sekian......